Litar kawalan DOL Three Phase / Tiga Fasa

 Litar kawalan Three Phase / Tiga Fasa


Prinsip Kendalian DOL Three Phase/ Tiga Fasa

·         Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan mengalir masuk ke litar kawalan penghidup talian terus (DOL).

·         Arus ini akan mengalir melalui gegelung sesentuh seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet / bertenaga.

·         Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahanya C dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutp (off-on).

·         Apabila sesentuh tambahan ini menjadi keadaan tertutup, ia akan membenarkan arus dalam talian litar kuasa tiga fasa melaluinya terus ke motor tiga fasa seterusnya ke talian litar kawalan ke neutral dan motor tiga fasa terus berputar dan lampu penunjuk warna hijau akan menyala sebagai tanda motor tiga fasa tersebut sedang beroperasi.

·         Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor tiga fasa masih lagi berputar dan lampu hijau masih menyala kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.

·         Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.

·         Apabila punat tekan henti ditekan, arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar kuasa tiga fasa terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet / bertenaga.

·         Ini akan menyababkan motor tiga fasa tidak dapat berputar dan lampu penunjuk berwarna hijau tidak dapat menyala kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.

·         Motor tiga fasa juga akan berhenti berputar sekirannya beban lampau semasa beban lampau arus meningkat. Ini akan menyebabakan seluruh litar tidak berfungsi. Dan lampu penunjuk merah akan menyala sebagai tanda motor tiga fasa tersebut tidak berputar dan dalam keadaan trip.

·         Ini menyebabkan beban lampau tersebut dari keadaan tertutup kepada keadaan terbuka ke litar kawalan dan keadaan tertutup ke lampu penunjuk berwarna merah.

·         Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor.

·         Punat tekan hidup hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

o   Punat tekan hdiup – dipasang secara selari

o   Punat tekan henti – dipasang secara siri


 Senarai komponen – komponen yang digunakan :-

1.    Mcb 6a

2.    Punat tekan hidup

3.    Punat tekan henti

4.    Gegelung sesentuh (contactor)

5.    Beban lampau 3P (overlaoad)

6.    Lampu penunjuk hijau

7.    Lampu penunjuk merah 

8. Mcb TPN 32a


*jika ada sebarang kesalahan diminta perbetulkan. sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Litar Kawalan DOL Single Phase/ Satu Fasa