Litar Kawalan DOL Single Phase/ Satu Fasa

Litar Kawalan DOL Single Phase/ Satu Fasa

Prinsip Kendalian DOL Single Phase/ Satu Fasa

*Kendalian DOL Satu fasa hampir sama dengan kendalian DOL tiga fasa. Perbezaanya adalah dari litar kuasa menggunakan voltan 240v satu fasa untuk penggunaan motor – motor satu fasa. Dan penggunaan pemutus litar utama hanya menggunakan Mcb DPN 32a iaitu dua kutub berbanding tiga fasa menggunakan Mcb TPN 32a iaitu tiga kutub. Bagi beban lampau menggunakan beban lampau khas untuk satu fasa yang mempunyai 2 kutub berbanding beban lampau tiga fasa yang mempunyai 3 kutub.

  • Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan mengalir masuk ke litar kawalan penghidup talian terus (DOL).
  • Arus ini akan mengalir melalui gegelung sesentuh seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet / bertenaga.
  • Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahanya C dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutp (off-on).
  • Apabila sesentuh tambahan ini menjadi keadaan tertutup, ia akan membenarkan arus dalam talian litar kuasa satu fasa melaluinya terus ke motor satu fasa seterusnya ke talian litar kawalan ke neutral dan motor satu fasa terus berputar dan lampu penunjuk warna hijau akan menyala sebagai tanda motor satu fasa tersebut sedang beroperasi.
  • Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor satu fasa masih lagi berputar dan lampu hijau masih menyala kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.
  • Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.
  • Apabila punat tekan henti ditekan, arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar kuasa satu fasa terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet / bertenaga.
  • Ini akan menyababkan motor satu fasa tidak dapat berputar dan lampu penunjuk berwarna hijau tidak dapat menyala kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.
  • Motor satu fasa juga akan berhenti berputar sekirannya beban lampau semasa beban lampau arus meningkat. Ini akan menyebabakan seluruh litar tidak berfungsi. Dan lampu penunjuk merah akan menyala sebagai tanda motor satu fasa tersebut tidak berputar dan dalam keadaan trip.
  • Ini menyebabkan beban lampau tersebut dari keadaan tertutup kepada keadaan terbuka ke litar kawalan dan keadaan tertutup ke lampu penunjuk berwarna merah.
  • Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor.
  • Punat tekan hidup hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

o   Punat tekan hdiup – dipasang secara selari

o   Punat tekan henti – dipasang secara siri

Senarai Komponen Yang Digunakan :-

1.    Mcb 6a

2.    Punat tekan hidup

3.    Punat tekan henti

4.    Gegelung sesentuh (contactor)

5.    Beban lampau 2P (overlaoad)

6.    Lampu penunjuk hijau

7.   Lampu penunjuk merah 

8.  Mcb DPN 32a


*jika ada sebarang kesalahan diminta perbetulkan. sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Litar kawalan DOL Three Phase / Tiga Fasa