Posts

Showing posts from May, 2021

Litar kawalan DOL Three Phase / Tiga Fasa

Image
  Litar kawalan Three Phase / Tiga Fasa Prinsip Kendalian DOL Three Phase/ Tiga Fasa ·          Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan mengalir masuk ke litar kawalan penghidup talian terus (DOL). ·          Arus ini akan mengalir melalui gegelung sesentuh seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet / bertenaga. ·          Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahanya C dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutp (off-on). ·          Apabila sesentuh tambahan ini menjadi keadaan tertutup, ia akan membenarkan arus dalam talian litar kuasa tiga fasa melaluinya terus ke motor tiga fasa seterusnya ke talian litar kawalan ke neutral dan motor tiga fasa terus berputar dan lampu penunjuk warna hijau akan menyala sebagai tanda motor tiga fasa tersebut sedang beroperasi. ·          Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor tiga fasa masih lagi berputar dan lampu hijau masih menyala kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yan

Litar Kawalan DOL Single Phase/ Satu Fasa

Image
Litar Kawalan DOL Single Phase/ Satu Fasa Prinsip Kendalian DOL Single Phase/ Satu Fasa *Kendalian DOL Satu fasa hampir sama dengan kendalian DOL tiga fasa. Perbezaanya adalah dari litar kuasa menggunakan voltan 240v satu fasa untuk penggunaan motor – motor satu fasa. Dan penggunaan pemutus litar utama hanya menggunakan Mcb DPN 32a iaitu dua kutub berbanding tiga fasa menggunakan Mcb TPN 32a iaitu tiga kutub. Bagi beban lampau menggunakan beban lampau khas untuk satu fasa yang mempunyai 2 kutub berbanding beban lampau tiga fasa yang mempunyai 3 kutub. Apabila punat tekan hidup ditekan, arus akan mengalir masuk ke litar kawalan penghidup talian terus (DOL). Arus ini akan mengalir melalui gegelung sesentuh seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet / bertenaga. Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahanya C dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutp (off-on). Apabila sesentuh tambahan ini menjadi keadaan tertutup, ia akan membenarkan arus dalam talian litar kuasa